Pejabat Pentadbiran Daerah Lipis (1919)
Bangunan ini siap dibina pada tahun 1919 dan merupakan pusat pentadbiran utama bagi Negeri Pahang. Bangunan ini menempatkan Pejabat Residen British dan pegawai-pegawai pentadbiran bagi Negeri Pahang di tingkat atas. Manakala di bahagian bawah pula merupakan Pejabat Kutipan Hasil dan Perbendaharaan Kerajaan British. Kuala Lipis pada ketika itu adalah daerah yang terbesar di Negeri Pahang kerana merangkumi Daerah Jerantut sekarang. Selain itu, daerah ini merupakan satu daerah yang kaya dengan hasil-hasil emas, bijih, hasil-hasil dan getah.Apabila wujudnya jawatan Menteri Besar pada tahun 1948, pejabat Menteri Besar Negeri Pahang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ditempatkan di bangunan ini. Dato’ Setia Wangsa Sir Mahmud bin Mat merupakan Menteri Besar Pahang yang pertama di kalangan orang Melayu bermula 1 Februari 1948 hingga 1 Februari 1951. Nama beliau juga telah diabadikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Wangsa sekarang.
Di antara Setiausaha Kerajaan Pahang yang pernah berkhidmat di situ ialah Dato’ Setia Raja Abu Samah bin Haji Mat pada 1948 hingga 1952, yang merupakan Setiausaha Kerajaan pertama dan Setiausaha Kerajaan Pahang yang kedua iaitu Orang Kaya Indera Shahbandar Abdul Razak Bin Dato’ Hussein. Apabila Ibu Negeri dipindahkan ke Kuantan pada 27 Ogos 1955, pusat pentadbiran ini dijadikan Pejabat Daerah Lipis sehingga ke hari ini.Terdapat sebuah bilik yang pernah menempatkan Sir Hugh Clifford menjalankan tugas sebagai Pentadbir Daerah Lipis. Di bangunan itu juga terdapatnya mahkamah Daerah Lipis dan masih wujud sehingga sekarang walaupun tidak digunakan lagi. Selain itu, di bahagian bawah terdapatnya sebuah Bank Perdagangan British yang dikenali sebagai Merchantile Bank.Apabila terbinanya bangunan-bangunan tambahan, seluruh jabatan kerajaan yang terdapat di Lipis dihimpunkan di bawah satu kompleks. Pada masa ini terdapat sebahagian jabatan-jabatan kerajaan masih berada di kompleks ini.

PEJABAT PENTADBIRAN DAERAH LIPIS




MASJID NEGERI (1888)
Masjid Negeri ini,telah di bina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hasan. Beliau telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini. Pada asalnya,atap masjid di perbuat daripada papan. Masjid ini telah di jadikan Masjid Negeri Pahang kerana kuala Lipis merupakan Ibu Negeri Pahang pada tahun 1898, sebelum ia di pindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.
Menurut cerita orang tua-tua, salah satu keistimewaan dan keajaiban masjid ini ialah ia tidak pernah di tenggelami air walaupun bandar Kuala Lipis telah beberapa dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai juga tidak terjejas walaupun banjir melanda pada tahun 1926 dan 1971. Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang berasal daripada Indonesia. Manakala anak tempatan yang pertama menjadi imam ialah Imam Kawi, yang merupakan imam kedua masjid ini. Pada masa itu,gaji para imam dibayar dengan menggunakan wang kutipan zakat. Imam yang pertam menerima gaji daripada kerajaan ialah Imam Salih Bin Hussin.
Antara pembesar yang pernah bersembahyang di sini ialah Dato’ Abu Samah bin Haji Ali (Setiausaha Kerajaan Pahang) , Tun Abdul Razak bin Hussin (Menteri Besar Pahang) dan KDYMM Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah. Pada tahun 1980 pengurusan masjid ini telah di ambil alih oleh masyarakat India Muslim sehinggalah sekarang,pada ketika ini masjid tersebut di kenali sebagai Masjid India.

TOKONG THEAN HOU (1898)
Tokong Thean Hou telah dibina oleh penganut-penganut Buddha di Lipis pada tahun 1898 yang diketuai oleh kapitan dari keturunan Ong.Kedudukan tokong ini yang menghadap Sungai Jelai dipercayai bertujuan untuk menjaga keselamatan nelayan ketika itu.Berhala yang berada di dalam tokong ini telah dibawa dari Negara Cina.
Di dalam tokong terdapat sebuah batu yang diukir mengenai sejarah tokong ini. Batu bersurat yang dibina pada masa yang sama menceritakan nama-nama penderma yang membiayai pembinaan tokong. Didapati ada yang menderma 2 atau 5 dan 50 wang perak.Kerajaan British pada masa tersebut menyumbang sebanyak 150 wang perak.Selain itu,terdapat sebuah ukiran kayu yang dibuat sejak tokong ini didirikan pada tahun 1898.
Pada tahun 1926 dan 1971 banjir besar berlaku mengakibatkan sebahagiaan daripada tokong ini rosak teruk dan telah dibina semula menggunakan struktur konkrit. Kedudukan tokong ini yang berada di tengah-tengah Bandar Kuala Lipis telah menjadikannya tarikan kepada para pelancong tempatan pelancong

PEJABAT POS (1910)
Pejabat pos ini terletak di Jalan Besar yang telah dibina pada tahun 1910.Perkhidmatan pos berada di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bangunan ini telah dikongsi dengan perkhidmatan ‘telegraf ’ iaitu salah satu perkhidmatan jabatan Telekom. Apabila agensi ini diswastakan sepenuhnya pada tahun 1989, perkhidmatan ini telah dipindahkan ke bangunan utama Telekom Malaysia sekarang.
Pada mulanya pintu masuk ke pejabat pos ini menghadap ke jalan besar,namun pada tahun 1971 telah diubah tempatnya di kedudukan sekarang ini. Perkhidmatan ini mula diswastakan pada 1 Januari 1992 dan dikenali sebagai Pos Malaysia sehinggalah sekarang. Bangunan ini telah menjalani pelbagai pengubahsuaian hinggalah dinaik taraf yang terbaru pada tahun 2002.
Hasil usaha pengurus cawangan dan kakitangan dalam mengindahkan kawasan dan memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada mesyarakat, pada tahun 2004 pos Malaysia cawangan Lipis telah diiktiraf sebagai pejabat pos terbaik di Malaysia. Salah satu keunikan tempat bersejarah yang terdapat di Kuala Lipis ialah batu bertanda ‘0’ berdekatan pejabat pos.Batu ini menandakan permulaan sukatan jarak bagi Negeri Pahang dimana jarak kosong bermula dari Kuala
