Seksyen 95, Kanun Tanah Negara 1965
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah atau wakil bagi pihaknya untuk membayar Cukai Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) setiap tahun tanpa perlu menunggu pemakluman melalui bil hasil. Pengeluaran bil hasil hanya merupakan satu inisiatif/usaha PBN untuk memaklumkan kepada pemilik tanah supaya menjalankan tanggungjawab menjelaskan Cukai Tanah.
Pemilik yang tidak menerima Bil Cukai Tanah daripada PBN pada awal setiap tahun, boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Daerah dan Tanah yang berhampiran dengan membawa geran tanah atau resit tahun sebelum yang berkaitan untuk semakan di kaunter.