Pejabat Daerah dan Tanah Bentong berada di dalam kawasan Wisma Sri Bentong, berhadapan dengan Hospital Bentong di pusat bandar.
Mempunyai dua bangunan : Blok A (Asal) dan Blok B (Baru), jabatan ini terletak berdekatan dengan bangunan jabatan-jabatan kerajaan (Pejabat Kebajikan Masyarakat, Suruhanjaya Koperasi, Jabatan Tenaga Kerja) dan agensi swasta yang lain (Tenaga Nasional).
Blok A menempatkan : a. Bahagian Pembangunan Daerah b. Bahagian Pengurusan Tanah (Teknikal) dan c. Bahagian Pengurusan Tanah (Kuatkuasa)
Manakala Blok B : a. kaunter-kaunter urusan tanah dan perumahan awam b. Bahagian Pengurusan Tanah (Pendaftaran) c. Bahagian Pengurusan Tanah (Hasil) dan d. Bahagian Pengurusan Daerah