SOALAN LAZIM
1 Siapa yang perlu membayar Cukai Tanah?
Setiap pemilik tanah berdaftar atau wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.
2 Mengapa perlu membayar Cukai Tanah?
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah atau wakil bagi pihaknya untuk membayar Cukai Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) setiap tahun tanpa perlu menunggu pemakluman melalui bil hasil. Pengeluaran bil hasil hanya merupakan satu inisiatif/usaha PBN untuk memaklumkan kepada pemilik tanah supaya menjalankan tanggungjawab menjelaskan Cukai Tanah.
Pemilik yang tidak menerima Bil Cukai Tanah daripada PBN pada awal setiap tahun, boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Daerah dan Tanah yang berhampiran dengan membawa geran tanah atau resit tahun sebelum yang berkaitan untuk semakan di kaunter.
3 Bilakah sepatutnya membayar Cukai Tanah?
Cukai Tanah hendaklah dibayar pada awal tahun kalendar mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Sekiranya tidak dijelaskan pada 1 Jun, ianya akan menjadi tunggakan untuk tahun tersebut dan akan dikenakan denda lewat sebanyak 10% ke atas cukai semasa.
4 Bagaimana pembayaran boleh dibuat?
Pembayaran boleh dibuat dengan beberapa kaedah:
- Secara Tunai
- Bank Draf / Wang Pos / Kiriman Wang / Cek atas nama pentadbir
- Secara Online melalui CIMB Clicks
- Secara Online melalui FPX di fpxptg.pahang.gov.my
Bank yang terlibat bagi pembayaran FPX:
- CIMB Bank Berhad
- Maybank Berhad
- Bank Islam Berhad
- Public Bank Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
5 Di mana pembayaran boleh dibuat?
Pembayaran boleh dibuat di semua Pejabat Daerah dan Tanah dalam Negeri Pahang.

