Skip to main content

TEMPAT MENARIK BENTONG

1. Hutan Lipur Lentang

Lokasi :
Kompartmen 4 dan 27 Hutan Simpan Lentang. Keluasan pembangunan lebih kurang 24 hektar. Terdapat di km 52, Lebuhraya Kuala lumpur - Karak.

Sumber : Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

2. Air Terjun Chamang

Terletak di penghujung Jalan Chamang Jkr-ft136.png dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Tinggi dalam daerah Bentong, Pahang. Papan tanda menunjukkan jarak dari Jalan Tras yang terletak dalam laluan Lebuhraya Gua Musang Jkr-ft8.png menuju ke air terjun ini ialah sekitar 8km. Ia terletak 9 km dari bandar Bentong melalui Jalan Bentong-Raub. Terletak di Kompartmen 22, 31 & 33 Hutan Simpan Bukit Tinggi.[1]
Ke hilir air terjun terdapat jambatan gantung pejalan kaki yang merentasi sungai untuk ke seberang.
Sumber : Wikipedia

1. Durian

Kawasan bukit-bukau di Bentong yang sesuai untuk penanaman durian telah menjadikan daerah ini terkenal dengan durian Musang King dan D24. Dikatakan bahawa Musang King dan D24 gred terbaik berasal dari daerah ini dan Raub. Nak tahu lebih lanjut? Datanglah sendiri! :)

2. Halia

Halia ditanam di kawasan Bukit Tinggi dalam daerah Bentong berhampiran dengan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak. Apa yang membezakan halia Bentong dengan halia biasa ialah kandungan seratnya yang lebih tinggi dan bau halia yang tidak ketara walaupun rasanya lebih pedas.

3. Lemang

Lemang To' Ki.
Datang ke Bentong tanpa singgah di Lemang To' Ki adalah satu kunjungan yang tidak lengkap. Selain lemang yang setiap hujung minggu menjadi buruan warga luar daerah Bentong dan peminat motorsikal berkuasa tinggi, hidangan seperti ayam/daging bakar cicah air asam turut mendapat tempat di hati pengunjung.

4. Nangka Madu

Pahang adalah negeri pengeluar nangka madu terbanyak di Malaysia dan Bentong merupakan salah satu daripada 5 daerah di mana tanaman tersebut diusahakan. Gerai-gerai jualan nangka madu boleh didapati sepanjang jalan menuju ke Raub.

1. Tanah Tinggi Genting

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut, 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang dan Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.Ia diusahakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong.
Taman Tema Luar Genting akan dibuka pada tahun ini.

2. Bukit Tinggi

A. Colmar Tropicale B. Adventure Park C. Japanese Village D. Botanical Garden E. Horse Trails F. Taman Arnab G. Berjaya Hills Golf & Country Club H. Ladang Organik

1. Muzium FELDA

22 September 2005 Muzium Felda di Lurah Bilut, Bentong, Pahang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Dato Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak .Turut hadir pada majlis perasmian ialah Menteri Besar Pahang , Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor.

Muzium Felda ini dibina di sini kerana Rancangan pembangunan tanah Felda bermula di Felda Lurah Bilut pada 1958.

Muzium Felda itu sebelum ini adalah pejabat pentadbiran Felda Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958. Muzium yang berkonsepkan rumah Melayu tradisional itu mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan Felda sejak penubuhannya pada 1958.

Tarikh Kemaskini Terakhir: 3:38 PTG