Skip to main content

DASAR INTEGRITI, GOVERNAS DAN ANTIRASUAH

PEJABAT DAERAH DAN TANAH ROMPIN (PDTR) komited untuk melaksanakan tadbir urus yang berintegriti, telus, bertanggungjawab, berakauntabiliti dan cekap, berlandaskan undang-undang, peraturan, dasar Kerajaan, nilai murni perkhidmatan awam serta kepentingan rakyat.

 PDTR mengamalkan toleransi sifar terhadap rasuah, suapan, penyelewengan, salah guna kuasa dan konflik kepentingan, serta komited melaksanakan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) selaras dengan keperluan ISO 37001, termasuk pengurusan risiko rasuah, kawalan antirasuah dan usaha wajar terhadap pihak berkepentingan.

 PDTR komited menyediakan saluran pelaporan yang sesuai, mengambil tindakan terhadap pelanggaran integriti serta melaksanakan pemantauan, audit, kajian semula dan penambahbaikan berterusan bagi memperkukuh budaya integriti, meningkatkan kualiti governans dan mencegah rasuah secara sistematik.