TEMPAT MENARIK
Hutan Lipur Bukit Bertangga terletak di Hutan Simpan Chini yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Tarikan kawasan ini mempunyai pelbagai bentuk rupabumi; tanah rata,cerun, bukit, batu-batu besar, batu-batu berlapis, air terjun serta sungai yang mengalir dicelah-celah batu. Di samping keindahan semula jadi ini, terdapat juga beranika tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada Hutan Dipterokarp Pamah, pokok-pokok renek, pepanjat, palma, paku, lumut, pandan air dan lain-lain.
Terdapat dua kawasan air terjun yang mempunyai ketinggian 30 meter dan 20 meter. Kemudahan yang disediakan adalah seperti jalan masuk, pondok rehat, tong sampah, jambatan kayu dan tapak perkhemahan. Beberapa aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah dan berkhemah. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri teksi dari Pekan Maran.
Lokasi: Felda, Kumai, Pahang
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera,
28000 Temerloh, Pahang.
Tel. : 09-2962755
Terletak 36 km dari Felda Kumai, 190 km dari Bandar Kuantan. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Maran atau Bandar Kuantan.
![]() |
![]() |
![]() |
Tasek Bera
Pengenalan
- Terletak di selatan barat daya Pahang di tengah-tengah banjaran gunung utama Semenanjung Malaysia.
- Tasek semulajadi seluas 35 kilometer panjang dan 20 kilometer lebar yang mengalir ke sungai Pahang melalui sungai bera merupakan saliran utama air ke utara . Tasek Bera kekal sebagai kawasan tanah lembap liar yang unggul dan terpencil.
- Ia merupakan satu system ekologi yang menampung pelbagai jenis hidupan liar dan tumbuhan serta menyara kehidupan kaum semelai orang asli yang mendiami kawasan tanah lembap ini.
- Tasek bera juga memainkan peranan penting dalam mengawal banjir, mengatur pengaliran dan pembersihan air serta membekalkan pelbagai sumber asli bagi masyarakat.
Tarikan Tasek Bera
Selama lebih 600 tahun, Semelai- satu daripada puak Orang Asli- telah menghuni sekitar Tasik Bera dan bergantung kepada sumber-sumber semulajadi.
- Habitat yang unik dan pelbagai yang menampung sehingga 374 spesies tumbuhan, 94 spesies ikan, 230 spesies burung, 67 spesies mamalia dan lain-lain lagi.
Persona Lake Resort
Persona Lake Resort menawarkan pelbagai chalet, bilik mewah dan asrama. Selain daripada kemudahan asas dan ‘coffee house’ tetamu boleh melakukan aktiviti kayak dan trekking hutan bersama pemandu.
- Pejabat Pengurusan Ramsar Tasek Bera mempunyai pusat pelawat berhampiran resort dan menjalankan taklimat dan pameran mengenai tapak Ramsar Tasek Bera.
Pertunjukkan Kebudayaan Dan
Kraftangan Semelai dianggap lebih hebat berbanding kumpulan lain masyarakat Orang Asli di Malaysia.
- Tukang-tukang yang mahir akan menunjukkan bagaimana mereka membuat peralatan muzik tradisional, perangkap haiwan, peralatan kebun serta model rumah-rumah Semelai.
- Kaum wanita Semelai menenun daun mengkuang untuk menjadikannya bakul, tikar, topi, dan dompet yang cantik.
- Para pelawat juga boleh ikut serta dengan penduduk kampong menari tarian tradisional ‘Sewang’.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |










