Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar

LATAR BELAKANG KUANTAN

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUANTAN

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan, Pahang Darul Makmur

Sejarah Penubuhan

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan terletak dalam daerah Kuantan dan merupakan pusat pentadbiran negeri Pahang. Mula ditubuhkan pada 10 Ogos 1895 melalui pelantikan Pegawai Daerah yang pertama, W.G. Maxwell.

Keluasan Daerah:
296,042 hektar (2,690 km²)
Kira-kira 8.2% daripada keseluruhan keluasan negeri Pahang.

Mukim di Daerah Kuantan

Dalam daerah ini terdapat 6 Mukim:

  • Mukim Kuala Kuantan
  • Mukim Beserah
  • Mukim Penor
  • Mukim Sg. Karang
  • Mukim Ulu Kuantan
  • Mukim Ulu Lepar

Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung

Sebanyak 65 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan 3 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Baharu (JKKKB) telah ditubuhkan bagi melicinkan pentadbiran di peringkat akar umbi.

Akta & Peraturan Berkaitan

  • Kanun Tanah Negara 1965
  • Kaedah Tanah Pahang 1992
  • Arahan Pentadbiran Tanah Negeri (APTN)
  • Peraturan Tanah Negeri 1966 (Pindaan 1987)
  • Pekeliling-pekeliling KPTG
  • Surat-surat Pekeliling KPTG
  • Pekeliling-pekeliling PTG
  • Arahan-arahan / Keputusan MMK
  • Pekeliling-pekeliling Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK)
  • Arahan Perbendaharaan
  • Surat Pekeliling Perbendaharaan