Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar

LATAR BELAKANG PETANDA

Kelab PETANDA

Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan

Pengenalan Kelab PETANDA

Kelab PETANDA diterajui oleh Pegawai Daerah Kuantan sejak penubuhannya apabila bermulanya Pentadbiran Tanah Kuantan. Pemilihan Ahli Jawatankuasa diadakan setiap dua (2) tahun sekali bagi memastikan pentadbiran kelab sentiasa dinamik serta mampu memenuhi keperluan semua ahli.

Kelab PETANDA berada di bawah naungan Pegawai Daerah selaku Penasihat dan sentiasa aktif dalam menjaga kebajikan kakitangan di samping menganjurkan pelbagai program yang memberi manfaat kepada seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.

Penubuhan kelab ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah organisasi yang bukan sahaja menjaga kebajikan ahli, malah menjadi medium bagi mengeratkan hubungan silaturrahim, memperkukuhkan semangat kekitaan serta memupuk budaya kerja yang harmoni dan profesional.

Matlamat Penubuhan Kelab

Badan Berdaftar

Menjadi badan berdaftar yang mewakili kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.

Kebajikan Ahli

Menjaga kebajikan kakitangan yang secara langsung merupakan ahli Kelab PETANDA.

Aktiviti Ahli

Menggerakkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan melibatkan penyertaan semua ahli.

Mengeratkan Ukhwah

Memupuk semangat kekeluargaan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja.

Silaturrahim

Memelihara hubungan silaturrahim yang baik antara semua ahli kelab.

Perantara Maklumat

Menjadi medium penyampaian maklumat berkaitan aktiviti dan program anjuran Kelab PETANDA.