Skip to main content

BERITA CH

KEBERANGKATAN KDPM TENGKU MAHKOTA PAHANG KE DAERAH CAMERON HIGHLANDS

KEBERANGKATAN KDPM TENGKU MAHKOTA PAHANG KE DAERAH CAMERON HIGHLANDS

TANAH RATA, 22 Julai 2026

TANAH RATA, 22 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke daerah Cameron Highlands, hari ini.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku disambut oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands; Tuan Kamarul Iskandar Nordin, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands; Tuan Rudyfasla Mujid, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands; SUPT Azri Ramli, ketua-ketua jabatan daerah serta pemimpin masyarakat setempat.

Dalam keberangkatan tersebut, Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku telah menerbangkan sendiri helikopter EC120B sebagai sebahagian daripada Kursus Asas Penerbangan yang sedang diikuti oleh Baginda.

Kursus tersebut merangkumi latihan ‘High Altitude Operation’ (HAO), iaitu antara silibus wajib yang perlu dikuasai oleh setiap pelatih bagi membentuk pengetahuan, kemahiran dan kecekapan mengendalikan pesawat di kawasan beraltitud tinggi, di samping memberi penekanan terhadap aspek keselamatan penerbangan dan cabaran operasi di kawasan tanah tinggi. – MEDIA PDTCH

Read more …KEBERANGKATAN KDPM TENGKU MAHKOTA PAHANG KE DAERAH CAMERON HIGHLANDS

  • Created on .
  • Hits: 23

KDPM TENGKU MAHKOTA PAHANG BERANGKAT PULANG MENINGGALKAN CAMERON HIGHLANDS

KDPM TENGKU MAHKOTA PAHANG BERANGKAT PULANG MENINGGALKAN CAMERON HIGHLANDS

TANAH RATA, 23 Julai 2026

TANAH RATA, 23 Julai 2026 - Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang meninggalkan daerah Cameron Highlands selepas selesai menjalani latihan ‘High Altitude Operation’ (HAO), yang merupakan antara sillibus dalam Kursus Asas Penerbangan, hari ini.

Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah pada jam 3.30 petang diiringi oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands; Tuan Kamarul Iskandar Nordin, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands; Tuan Rudyfasla Mujid, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands; SUPT. Azri Ramli serta pemimpin masyarakat setempat.
 
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku kemudiannya berkenan beramah mesra dan bergambar kenangan bersama penduduk setempat serta menerima cenderakenangan yang dipersembahkan oleh ketua-ketua jabatan daerah serta agensi sebagai tanda menjunjung kasih atas keberangkatan Baginda ke daerah ini.
 
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku ke Cameron Highlands mencerminkan iltizam Baginda dalam memperkukuh kompetensi dalam bidang penerbangan serta menyerlahkan semangat kepimpinan, disiplin dan komitmen yang tinggi dalam menguasai ilmu serta kemahiran baharu. – MEDIA PDTCH
 

Read more …KDPM TENGKU MAHKOTA PAHANG BERANGKAT PULANG MENINGGALKAN CAMERON HIGHLANDS

  • Created on .
  • Hits: 27

SPINE MEMACU TADBIR URUS BERINTEGRITI

SPINE MEMACU TADBIR URUS BERINTEGRITI

CAMERON HIGHLANDS, 4 Ogos 2026

CAMERON HIGHLANDS, 4 Ogos 2026 – Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) telah mengadakan Kursus Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) yang disertai oleh ketua bahagian dan ketua aunit sebagai usaha memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Kursus tersebut disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha, Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Puan Nor Diana Ismail.

SPINE merupakan sistem semakan kendiri yang menilai tahap integriti, governans, risiko rasuah serta usaha pencegahan salah laku dalam sesebuah organisasi. Pelaksanaannya selaras dengan matlamat Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan mandat Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) bagi memperkasakan tadbir urus berintegriti dalam sektor awam.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada objektif utama SPINE yang merangkumi penilaian tahap integriti organisasi, mengenal pasti jurang dan risiko integriti, pelaksanaan tindakan pembetulan serta penambahbaikan berterusan, di samping mewujudkan budaya kecemerlangan melalui pengiktirafan dan insentif. – MEDIA PDTCH

Read more …SPINE MEMACU TADBIR URUS BERINTEGRITI

  • Created on .
  • Hits: 28