KUANTAN, 14 September 2026 – Kejohanan Bola Jaring Maked Pahang Antara Jabatan Tahun 2026 akan berlangsung pada 26 September 2026 (Sabtu) di Gelanggang Terbuka, Majlis Sukan Pahang, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Kejohanan anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pahang dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Negeri Pahang itu terbuka kepada pasukan antara jabatan. Setiap pasukan terdiri daripada 10 pemain, seorang pengurus dan seorang jurulatih, dengan yuran penyertaan sebanyak RM100 bagi setiap pasukan.
Tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 21 September 2026 (Isnin). Maklumat berkaitan peraturan pertandingan dan borang penyertaan boleh diperoleh melalui kod QR yang disediakan pada poster.