Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semua penjawat awam dijemput untuk menyertai Webinar AKRAB Siri 3 bertajuk "Nilai Kita, Jiwa Kita" yang akan membincangkan nilai-nilai murni, integriti dan amanah sebagai penjawat awam.
Butiran program adalah seperti berikut:
🗓️ Tarikh: 22 September 2026 (Selasa)
🕙 Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
🔗 Platform: Aplikasi Webex
Penyertaan untuk semua penjawat awam amatlah dialu-alukan sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti dan amanah yang perlu digalas sebagai penjawat awam.
Marilah kita bersama-sama meluangkan masa untuk mengikuti perkongsian yang bermanfaat ini.
#WebinarAKRAB #PsikologiPahang
#keseronokanbekerja