Skip to main content

PROGRAM BRISKWALK SEMARAK HARI MALAYSIA DAERAH BERA TAHUN 2026

BERA, 16 September - Daerah Bera terus menyemarakkan sambutan Hari Malaysia Tahun 2026 melalui penganjuran Program Briskwalk Semarak Hari Malaysia Daerah Bera Tahun 2026 yang dianjurkan oleh KRT Kuala Bera dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Beramenghimpunkan warga setempat dalam suasana penuh meriah, ceria dan semangat patriotik. Program anjuran KRT Kuala Bera dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bera.rogram ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pelaksanaan program turut diserikan dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang bersama-sama menjayakan aktiviti berjalan pantas dalam suasana harmoni dan penuh semangat Malaysia MADANI.Program ini dirasmikan oleh YB Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Guai, dan turut hadir sama ialah Superintenden Zulkiflee bin Nazir, Ketua Polis Daerah Bera dan Pn. Noor Azura Bt Md Daud, Ketua Penolong Pegawai Daerah Bera (Pembangunan).Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus memperkukuh semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada negara dalam kalangan masyarakat Daerah Bera.

Tarikh Kemaskini Terakhir: 11:29 PTG