BERA, 19 September 2026 – Pesta Pasir Batu Bor Daerah Bera Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah apabila menghimpunkan masyarakat setempat serta para pengunjung dalam suasana santai, ceria dan penuh kemeriahan di sekitar Dataran Panorama Pasir Batu Bor, Bera. Pesta ini mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan penyertaan komuniti, antaranya pertandingan futsal, bola jaring, congkak, dam haji, boling kelapa serta pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.Turut menjadi tarikan pengunjung ialah aktiviti berkuda, sukan memanah, cabutan bertuah serta gerai jualan tempatan yang memberikan peluang kepada masyarakat untuk berinteraksi, beriadah dan menikmati suasana santai di tebing Sungai Pahang.Penganjuran Pesta Pasir Batu Bor turut menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, memperkukuh semangat kejiranan serta mengetengahkan potensi kawasan Pasir Batu Bor sebagai salah satu lokasi tarikan komuniti dan pelancongan di Daerah Bera.
Majlis Perasmian Penutupan Program telah disempurnakan oleh YH Dato’ Ahmad Nassim bin Dato’ Haji Mohd Sidek, Pegawai Daerah Bera.Turut hadir ialah Superintendan Zulkiflee bin Nazir, Ketua Polis Daerah Bera; Encik Safie bin Yahya, Wakil Ahli Dewan Negeri Guai; Puan Noorul Huda binti Mazlan, Ketua Unit Pembangunan Industri dan Prasarana, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC); Encik Mohd Ariff Irwan bin Abdul Khalid, Wakil Pengarah Tourism Pahang; Tuan Haji Afzinizam bin Mat Datar, Wakil Yang Dipertua Majlis Daerah Bera; serta ketua dan wakil jabatan serta ahli jawatankuasa Pesta Pasir Batu Bor Daerah Bera Tahun 2026 yang terlibat.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak, urus setia, agensi, peserta, peniaga, sukarelawan dan masyarakat setempat yang telah bersama-sama menjayakan Pesta Pasir Batu Bor Daerah Bera Tahun 2026.