BERA, 31 Ogos 2026 (Isnin) – Acara Perbarisan Dan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Daerah Bera telah berlangsung dengan penuh meriah di Padang Awam Majlis Daerah Bera bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Sambutan ini bertujuan menghayati ulang tahun kemerdekaan negara ke-69 serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat setempat. Majlis dimulakan dengan nyanyian Negaraku, Lagu Negeri Pahang, dan lagu tema Hari Kebangsaan 2026 iaitu “Aku Berjanji”, diikuti bacaan doa serta amanat YAB Menteri Besar Pahang oleh Pegawai Daerah Bera. Acara diteruskan dengan perbarisan 18 kontinjen melibatkan jabatan kerajaan, badan beruniform, NGO serta komuniti FELDA dengan penuh semangat, disusuli persembahan sajak dan Pertandingan Pakaian Tema Kemerdekaan.Sambutan ini turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Bera merangkap Wakil Rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, YH Dato' Ahmad Nasim Bin Dato' Haji Mohd Sidek; Ahli Parlimen Bera, YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara, Markas GAPU Kem Bera, YBhg Brigedier Jeneral Dato' Azhar Bin Mustapha, Ketua Polis Daerah Bera, YDH Supt. Zulkiflee Bin Nazir, Ahli Dewan Negeri Kemayan, ketua-ketua jabatan daerah, penghulu mukim, pemimpin masyarakat serta penduduk setempat yang hadir menambahkan lagi suasana meriah dan penuh kebersamaan.