BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH
Unit Teknologi Maklumat
-
Fungsi dan Peranan:
-
Memberikan khidmat sokongan teknikal dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada Penjawat Awam dan Komuniti ke arah merealisasikan Program Kerajaan Elektronik di peringkat daerah
-
Menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem aplikasi, peralatan, server dan lain-lain yang berkaitan
-
Membangun dan mengemaskini Portal Rasmi jabatan
-
Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan kakitangan
-
Unit Pentadbiran dan Kewangan
-
Fungsi dan Peranan :
-
Menguruskan hal-hal berkaitan jawatan, pengesahan jawatan/pelanjutan tempoh percubaan, penangguhan/pemangkuan kerja, pertukaran, kenaikan pangkat, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, persaraan, perletakan jawatan, kematian semasa perkhidmatan dan tindakan tatatertib
-
Mengurus hal-hal berkaitan penyediaan dan pembayaran gaji dan elaun, pesanan barang-barang kelengkapan pejabat, pembayaran dan pesanan tempatan, penyelenggaraan kontrak dan pembekalan serta penyediaan peruntukan tahunan
-
Mengurus hal-hal mengenai permohonan lesen perahu, barang-barang kawalan, lesen hiburan awam, panggung wayang, lesen penulis surat rayuan, lesen getah dan lesen arak
-
Menyelenggara dan menyediakan penyata-penyata/rekod/mengenai kutipan hasil/cukai dan tunggakan
-
Mengurus hal-hal mengenai kutipan hasil/cukai-cukai, perumahan dan pelbagai
-
Menguruskan data-data pegawai dan kakitangan di dalam sistem HRMIS
-
Menyelaras, mengatur dan melaksanakan program-program berbentuk sambutan, keraian dan majlis rasmi kerajaan Negeri dan Persekutuan di peringkat Daerah, Mukim dan Kampung
-

