PIAGAM PELANGGAN
UNIT HASIL
- Menghantar Bil Cukai Tanah kepada Pemilik yang mempunyai Alamat Lengkap dalam tempoh Januari hingga Mei setiap tahun
- Mengadakan Kutipan Luar sekurang-kurangnya Sekali Setahun
- Mengeluarkan Resit Bayaran Cukai Tanah dan lain-lain Bayaran dalam masa (5) Minit Selepas Bayaran diterima
UNIT PENDAFTARAN
- Memastikan Pendaftaran urusniaga / Suratcara dalam tempoh 1 hari bekerja
- Memastikan Pendaftaran hakmilik sementara dalam tempoh 1 hari bekerja selepas pembayaran Notis 5A
- Memastikan Kebenaran pindahmilik dan menggadai dalam tempoh 10 hari
- Memastikan Permohonan Perintah Jual dalam tempoh 18 bulan dari tarikh permohonan diterima
UNIT PEMBANGGUNAN TANAH
- Memastikan Permohonan Tukar Syarat Tanah dan meminda syarat nyata Pertanian kepada Pertanian dikemukakan kepada PTD dalam masa 3 bulan daripada tarikh penerimaan fail oleh Penolong Pegawai Tanah
- Memastikan Permohonan Pecah Sempadan /Pecah Bahagian/Penyatuan Tanah Kelulusan Pentadbir Tanah Daerah dalam masa 3 bulan
- Memastikan Permohonan (Ulasan) Serahbalik dan Berimilik Semula Seksyen 204(D) KTN dikemukakan ke Pengarah Tanah dan Galian dalam tempoh 2 bulan
- Memastikan Permohonan Pengambilan balik tanah diselesaikan dalam masa 24 bulan
UNIT PELUPUSAN
- Permohonan Permit 4B disiasat dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah (JKPTD) dalam tempoh 6 bulan
- Permohonan Permit 4C disiasat dan dikemukakan kepada Pentadbir Tanah Daerah dalam masa 30 hari
- Permohonan Tanah secara pemberimilikan dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah (JKPTD) dalam masa 6 bulan dari tarikh penerimaan fail oleh Penolong Pegawai Tanah
- Permohonan Tanah secara perizaban dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah (JKPTD) dalam masa 6 bulan dari tarikh penerimaan fail oleh Penolong Pegawai Tanah
- Permohonan lanjut tempoh pajakan dikemukakan kepada Pengarah Tanah dan Galian Pahang dalam masa 6 bulan dari tarikh penerimaan fail oleh Penolong Pegawai Tanah
BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH
- Memastikan Laporan Perjawatan dihantar ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) SUK Pahang pada atau sebelum 05 hb bulan berikutnya pada setiap bulan
- Memastikan Urusan Proses Pengesahan Jawatan Anggota Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Bekerja Dari Tarikh Terima Dokumen Lengkap
- Memastikan Urusan Proses Pemberian Taraf Berpencen Anggota Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Bekerja Dari Terima Dokumen Lengkap.
- Memastikan Semua Anggota Pejabat Daerah Dan Tanah Raub Membuat Pengisytiharan Harta Sekurang-Kurangnya Sekali Dalam Tempoh Lima (5) Tahun Atau Jika Ada Perubahan Sama Ada Pelupusan Dan Penambahan Harta
- Memastikan Semua Bil Pembekal Yang Lengkap Dan Sempurna Diproses Bayaran Dalam Tempoh 14 Hari
- Memastikan Tuntutan Perjalanan Dan Lebih Masa Selesai Diproses Sebelum 10 Haribulan Bulan Berikutnya
- Memastikan Resit Dikeluarkan Dalam Tempoh Lima (5) Minit Tanpa Sebarang Masalah Teknikal Pada Sistem E-Perumahan
- Memastikan Permohonan Penggunaan Kenderaan Dikemukakan Dalam Tempoh Sekurang-Kurang 1 Hari Sebelum Perjalanan Dilakukan.

