Skip to main content

PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH

YH. DATO' KHAIRUR RIZAL BIN RAMLI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Sejajar dengan kepesatan kemajuan ICT dan dalam usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan,
Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah membangunkan dan menambahbaik portal untuk pihak pelanggan melalui
kemudahan teknologi maklumat.

Saya juga berharap, segala maklumat yang disalurkan melalui portal ini akan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya 
oleh semua pelanggan di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh khususnya.Saya percaya melalui paparan maklumat terkini 
dan berita-berita semasa berkaitan dengan perancangan dan pembangunan daerah Temerloh ini, para pengunjung sekalian 
akan dapat mengetahui dan mengenali mengenai peranan, tanggungjawab dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung portal ini bagi memantapkan lagi pengurusan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh 
dan kemudahan yang disediakan.Selamat melayari Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.

#MajuTerusPahang #Pahang1st
"Saksama, Iltizam, Bermutu"
(Fair,Commitment,Quality)

Tarikh Kemaskini Terakhir: 2:33 PTG