Kemudahan Network Attached Storage (NAS) Pejabat Daerah dan Tanah Maran
Dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah dan Tanah Maran telah menyediakan kemudahan Network Attached Storage (NAS) sebagai pusat penyimpanan dan perkongsian bahan penerbitan jabatan.
NAS ini disediakan bagi tujuan berikut:
-
Perkongsian bahan penerbitan seperti pekeliling, pamflet, buletin, buku panduan, video dan audio jabatan.
-
Menjadi sumber rujukan rasmi kepada semua kakitangan.
-
PERATURAN PENGGUNAAN NAS PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARAN
a. NAS Pejabat Daerah dan Tanah Maran adalah server backup bukan server penyimpanan utama.
b. NAS Pejabat Daerah dan Tanah Maran hanya boleh diakses secara dalaman dengan menggunakan jaringan talian internet 1PahangNet2.0
c. Dokumen yang di simpan di dalam NAS tidak boleh mengandungi media terlarang seperti :
i. Bahan berunsur lucah atau pornografi
ii. Perisian cetak rompak atau tidak berlesen
iii. Fail hiburan yang tiada kaitan dengan tugas
iv. Maklumat sulit yang tidak dibenarkan disimpan di media storan
v. Fail yang berisiko mengandungi malware/virus
vi. Bahan iklan atau spam
d. Pengguna mestilah mematuhi peraturan yang terkandung di dalam Polisi Keselamatan Siber 4.0 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
- Polisi ini boleh di muat turun melalui :
i. PORTAL RASMI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG
ii. PORTAL PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARAN

