Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar

BERITA KUANTAN

PEMASYHURAN UNIVERSITI AL-QURAN AL-SULTAN ABDULLAH AHMAD SHAH (UNIQSAAS)

PEMASYHURAN UNIVERSITI AL-QURAN AL-SULTAN ABDULLAH AHMAD SHAH (UNIQSAAS)

UNIQSAAS, 30 JULAI 2026

UNIQSAAS, 30 JULAI 2026 - Pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) merupakan satu detik bersejarah dalam pembangunan pendidikan tinggi Islam di Negeri Pahang dan negara. Dahulunya dikenali sebagai Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), institusi ini telah mendapat perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk dijenamakan sebagai Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS). Institusi ini mempunyai sejarah dan perjalanan yang panjang dalam pembangunan pendidikan tinggi Islam di Negeri Pahang.
 
Pemasyhuran ini mencerminkan hasrat dan komitmen Negeri Pahang untuk memperkukuh pendidikan berteraskan al-Quran, di samping melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan mempunyai kefahaman agama yang kukuh.
 
Majlis pemasyhuran berkenaan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah di Kampus UNIQSAAS.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baca lagi …PEMASYHURAN UNIVERSITI AL-QURAN AL-SULTAN ABDULLAH AHMAD SHAH (UNIQSAAS)

  • Created on .
  • Hits: 26

BENGKEL & KEMPEN PENCEGAHAN VANDALISME DAN KECURIAN DI LOKASI INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI NEGERI PAHANG 2026

BENGKEL & KEMPEN PENCEGAHAN VANDALISME DAN KECURIAN DI LOKASI INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI NEGERI PAHANG 2026

Dewan UCYP, 06 Ogos 2026

Dewan UCYP, 06 Ogos 2026 - Bengkel & Kempen Pencegahan Vandalisme dan Kecurian di Lokasi Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Pahang 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, pihak berkuasa, syarikat telekomunikasi serta pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuhkan kerjasama bagi melindungi infrastruktur telekomunikasi di Negeri Pahang.

Kempen dirasmikan YB Dato’ Fadzli bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang di Aqua Crystal Hall, UCYP Tanjung Lumpur, Kuantan dengan lebih 200 peserta yang hadir.

Baca lagi …BENGKEL & KEMPEN PENCEGAHAN VANDALISME DAN KECURIAN DI LOKASI INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI NEGERI...

  • Created on .
  • Hits: 23

TAKLIMAT PELAKSANAAN eTANAH NEGERI PAHANG

LAMAN UTAMA

TAKLIMAT PELAKSANAAN eTANAH NEGERI PAHANG

PDT KUANTAN & PTG PAHANG, 5 Jun 2026 - Sesi ini bertujuan memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan sistem serta memperkukuhkan kefahaman peserta terhadap penggunaan Sistem e-Tanah dalam usaha memperkasakan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan tanah yang lebih cekap, sistematik dan berkesan. Pegawai Daerah Kuantan, YH Dato' Mohd Faizal turut diberi penerangan ringkas dalam sesi taklimat ringkas oleh Puncak Tegap SDN BHD.

Baca lagi …TAKLIMAT PELAKSANAAN eTANAH NEGERI PAHANG

  • Created on .
  • Hits: 61

CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH

LAMAN UTAMA

CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH

UANG LEGAR PDT KUANTAN, 15 Jun 2026 - Menampilkan bingkisan perkongsian ilmu, HIJRAH : PERJALANAN YANG TIDAK PERNAH BERAKHIR disampaikan oleh Ybhg Tuan Haji Nik Ibrahim bin Nik Abdullah sempena sambutan Maal Hijrah 1448H. Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Ia adalah simbol perubahan menyeluruh—daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kelemahan kepada kekuatan. Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW mengajar kita bahawa sesebuah perubahan memerlukan pengorbanan. Sesuatu kejayaan yang dicapai memerlukan perancangan yang baik dan teratur. Kunci utama penghijrahan adalah kebergantungan kepada Allah swt. In syaa Allah. Moga perkongsian ilmu pada pagi ini menjadi asbab kepada perubahan dan penghijrahan diri yang jitu dan mantap.

Baca lagi …CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH

  • Created on .
  • Hits: 67