Dewan UCYP, 06 Ogos 2026 - Bengkel & Kempen Pencegahan Vandalisme dan Kecurian di Lokasi Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Pahang 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, pihak berkuasa, syarikat telekomunikasi serta pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuhkan kerjasama bagi melindungi infrastruktur telekomunikasi di Negeri Pahang.
Kempen dirasmikan YB Dato’ Fadzli bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang di Aqua Crystal Hall, UCYP Tanjung Lumpur, Kuantan dengan lebih 200 peserta yang hadir.