Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar

PIAGAM PELANGGAN

Bahagian Pembangunan Daerah

Unit Pembangunan Masyarakat

  • Melaksanakan siasatan permohonan peserta e-Kasih dalam tempoh sebulan dari tarikh penerimaan borang.
  • Melaksanakan pelantikan Pengerusi MPKK dalam tempoh 5 minggu dari tarikh kekosongan hingga penyediaan surat bagi diangkat ke BKP, SUK Pahang untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Unit Pembangunan Fizikal

  • Memastikan gerak kerja projek dilaksanakan dalam tempoh 21 hari bekerja bermula daripada penerimaan surat kuasa atau waran selepas diarahkan oleh KPPD/PPD untuk proses lantikan kontraktor.
  • Memastikan urusan pelantikan kontraktor dilaksanakan dalam tempoh 90 hari bekerja selepas tarikh tutup tawaran kerja.
  • Memastikan spesifikasi dan rekabentuk projek disediakan dalam tempoh yang ditentukan mengikut jenis pelantikan kontraktor. Tempoh masa tersebut adalah:
    • Kaedah Pemberian Terus: 21 hari bekerja
    • Kaedah Secara Undian: 21 hari bekerja
    • Kaedah Secara Sebutharga: 31 hari bekerja
  • Memastikan kerja pengawasan dan pemantauan projek dilaksanakan mengikut tempoh seperti berikut:
    • Projek bernilai bawah RM 20,000: 4 minggu hingga 8 minggu
    • Projek bernilai bawah RM 500,000: 4 minggu hingga 39 minggu
  • Menyediakan baucer bayaran peruntukan (perkhidmatan pembekal/kontrak) dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap dan disahkan terima.
Bahagian Pengurusan Tanah

Unit Pendaftaran

  • Mendaftar suratcara urusniaga tanah dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja (Pindah Milik Tanah, Gadaian, Pajakan).
  • Mendaftar suratcara bukan urusniaga dalam tempoh masa 1 bulan (Kaveat, Pusaka, Perintah Mahkamah, Nota).
  • Mendaftar suratan Hakmilik Sementara Individu dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja.
  • Mendaftar suratan Hakmilik Sementara mengikut bilangan hakmilik:
    • 1 hingga 50 hakmilik: 14 hari bekerja
    • 51 hingga 100 hakmilik: 1 bulan
    • 101 dan ke atas hakmilik: 2 bulan
  • Mengeluarkan sijil carian rasmi dalam tempoh masa 10 minit.
  • Keputusan kebenaran pindah milik / gadaian / pajakan:
    • Pemberian kasih sayang & gadaian (Pentadbir Tanah): 1 hingga 2 hari bekerja
    • Penjual & pembeli (Pentadbir Tanah): 10 hari bekerja
    • Di bawah kelulusan Pendaftar PTG: 10 hari bekerja
  • Memproses permohonan perintah jual dalam tempoh 12 bulan.

Unit Pelupusan

  • Mendaftar permohonan pemberimilikan tanah dalam tempoh 15 minit mulai dari penerimaan borang yang lengkap.
  • Mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah bagi keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 5 tahun.
  • Membuat keputusan bagi permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di bawah kuasa Pentadbir Tanah dalam tempoh 3 tahun.
  • Mengemukakan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 3 tahun.
  • Mengeluarkan Borang 5A dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh penerimaan fail dari Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang.
  • Mengeluarkan Borang 4A dalam tempoh 1 jam selepas penerimaan bayaran.

Unit Pembangunan Tanah

  • Permohonan Tukar Syarat Tanah (Pertanian kepada Pertanian):
    • Keputusan Pentadbir Tanah Daerah: 30 hari
    • Keputusan Pihak Berkuasa Negeri: 60 hari
  • Permohonan Tukar Syarat Tanah (Pertanian kepada Bangunan) ke Pejabat Tanah dan Galian untuk keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 10 bulan.
  • Permohonan Pecah Sempadan / Pecah Bahagian / Penyatuan Tanah:
    • Keputusan Pentadbir Tanah Daerah: 30 hari
    • Keputusan Pihak Berkuasa Negeri: 60 hari
  • Permohonan penyerahan balik tanah dan pemberimilikan semula (204D) untuk keputusan PBN dalam tempoh 90 hari.

Unit Hasil

  • Menghantar bil-bil cukai tanah kepada pemilik yang mempunyai alamat yang lengkap tidak lewat daripada akhir bulan Mac pada setiap tahun.
  • Membuat kutipan luar mengikut jadual yang telah ditetapkan sebelum 31 Mei setiap tahun.
  • Menerima bayaran cukai tanah dan lain-lain bayaran berkaitan dengan tanah di kaunter dalam masa 3 minit (jika tiada masalah).
  • Menyemak cukai tanah dalam masa 20 minit.

Unit Kuatkuasa Dan Teknikal

  • Menyelesaikan laporan tanah bagi aduan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum dihantar ke Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang.
  • Menguruskan permohonan melihat dan membeli pelan dalam masa 15 minit.
  • Mengangkat permohonan LPS + Permit (4B) ke PTG dalam tempoh 3 bulan sekiranya tiada masalah berbangkit.
  • Mengangkat permohonan LPS + Permit (4C) untuk keputusan Pentadbir Tanah Rompin dalam tempoh 2 bulan sekiranya tiada masalah berbangkit.
Bahagian Pengurusan Daerah

Pelanggan Luaran

  1. Menguruskan urusan terimaan hasil am di Kaunter dalam tempoh 5 minit.
  2. Menguruskan pengeluaran lesen liquor dalam tempoh satu hari selepas bayaran diterima.
  3. Mengemukakan maklum balas kepada pengadu dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan diterima.
  4. Mengambil tindakan atas aduan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja.
  5. Memastikan proses pembayaran baucar dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen tuntutan lengkap.

Pelanggan Dalaman (Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin)

  1. Mengemaskini portal rasmi jabatan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dari tarikh borang permohonan yang lengkap diterima.
  2. Menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan ICT dalam tempoh 24 jam.
  3. Melaksanakan penyelenggaraan tahunan peralatan ICT di jabatan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu setahun sekali.