Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar

Bukit Panorama

Bukit Panorama terletak tidak jauh dari Bandar Sungai Lembing. Pendakian ke Bukit Panorama memerlukan para pendaki berada seawal subuh di kaki bukit agar dapat sendiri melihat keindahan terbitnya matahari. Selain menyaksikan pemandangan indah matahari terbit yang dapat disaksikan pada aras setinggi 271 meter, pendaki juga dapat melihat suasana nyaman kawasan Kampung Sungai Lembing yang diselubungi gumpalan kabus pagi. Peminat aktiviti lasak dialukan untuk merasai suasana mencabar mendaki Bukit Panorama dengan menaiki ratusan anak tangga bersimen sehingga ke puncak. Sesekali pendaki dapat berhenti untuk merakam suasana indah pendakian pada waktu subuh yang dingin yang menusuk kulit.

Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam adalah destinasi peranginan pantai yang terletak 4km utara Kuantan. Pantai tersebut mendapat namanya dari ciri unik di sepanjang landskapnya iaitu katil batu yang besar serta bervariasi dalam warna dari kelabu hingga hitam. Terdapat juga garis pantai berpasir yang indah dan menarik. Ciri alam sekitar ini paling ketara pada air surut apabila air terurai, batu-batu menjadi semakin jauh dari pantai. Hanya menduduki satu segmen di kawasan itu, selebihnya pantai dan laut di sekitarnya jelas dari serpihan semula jadi. 

Kemudahan awam disediakan, termasuk pusat penjaja, tempat letak kereta, laluan pejalan kaki dengan bangku dan tandas. Barisan penjaja yang menjual juadah enak juga digemari pengunjung seperti keropok, mi kari, ABC dan lain-lain lagi. 

Pemilik gerai makan di sini sangat peramah dan mesra membuatkan pengunjung merasa selesa dan gembira menerima layanan istimewa ini. 

Pantai Batu Hitam menjadi popular dengan aktiviti berkelah, sukaneka, hari keluarga serta mandi manda kerana pantainya yang landai. Pengunjung boleh menikmati keindahan suasana matahari terbit yang sangat indah dan menawan.    

Bukit Pelindung

Terkenal bagi acara pendakian, Bukit Pelindung menjadi tumpuan pengunjung pada cuti hujung minggu. Terletak di Jalan Tengku Muhamad, Alor akar Kuantan. Lokasinya yang berhampiran dengan kawasan sekolah secara tidak langsung menarik minat pelajar dan guru untuk menjalankan aktiviti kegermaran mereka di sini.

Menara tinjauan di Bukit Pelindung dapat membuatkan pendaki menyaksikan panorama seluruh bandar Kuantan dari puncak ini. Namun begitu, atas faktor keselamatan menara tinjauan kini tidak lagi boleh dikunjungi. 

 

  • Kitchen
  • Bathroom
  • Bathroom