Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar

BERITA MARAN

KURSUS PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN PERKASA ORGANISASI PDT MARAN

KURSUS PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN PERKASA ORGANISASI PDT MARAN

KURSUS PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN PERKASA ORGANISASI PDT MARAN

MARAN, 5 Ogos – Seramai 35 kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Maran menyertai Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan dan Pemantapan Organisasi Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari, 4 hingga 5 Ogos, di Bilik Seminar, Akademi Usahawan Tani Chenor, bagi memperkukuhkan semangat kerjasama dan meningkatkan kecekapan organisasi
 
Kursus yang dikendalikan oleh Penolong Pegawai Tadbir Gred N5, Encik Ahmad Zuki bin Mohamad itu memberi penekanan kepada pembentukan budaya kerja berprestasi tinggi menerusi perkongsian ilmu serta latihan interaktif yang melibatkan semua peserta.
 
Sepanjang program, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang memfokuskan kepada pembangunan prinsip jati diri, mengenali potensi diri dan organisasi, kepimpinan melalui teladan serta kemahiran komunikasi dalam berpasukan sebagai elemen penting dalam membentuk organisasi yang mantap.
 
Penganjuran kursus tersebut diharap dapat melahirkan warga kerja yang lebih berdaya saing, berintegriti dan mampu bekerjasama secara efektif, sekali gus memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan Pejabat Daerah dan Tanah Maran kepada masyarakat

Baca lagi …KURSUS PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN PERKASA ORGANISASI PDT MARAN

  • Created on .
  • Hits: 28

12 KUMPULAN KIKSA PAHANG IKUTI SESI BIMBINGAN KONVENSYEN KIKSA 2026

12 KUMPULAN KIKSA PAHANG IKUTI SESI BIMBINGAN KONVENSYEN KIKSA 2026

12 KUMPULAN KIKSA PAHANG IKUTI SESI BIMBINGAN KONVENSYEN KIKSA 2026

KUANTAN: Sebanyak 12 kumpulan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam Pahang (KIKSA) menyertai Sesi Bimbingan Konvensyen KIKSA Sektor Awam Pahang 2026 di Dewan SUK Blok C, Wisma Sri Pahang, di sini, pada 7 Ogos lalu.
 
Sesi yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang itu membabitkan kumpulan KIKSA daripada Pejabat Daerah dan Tanah di Pahang serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
 
Bimbingan dikendalikan Dr Abdullah Ali dengan dibantu dua fasilitator, Ts Noor Muzlinda Mat Hashim dan Dr Mohd Suzairi Mohd Shaffi, yang memberi panduan kepada peserta dalam aspek pengemaskinian dokumen, pematuhan format ditetapkan serta penambahbaikan dan pemurnian dokumen projek.
 
Sesi berkenaan bertujuan membantu kumpulan KIKSA membuat persediaan lebih teratur bagi menghadapi Konvensyen KIKSA Sektor Awam Pahang 2026, selain memastikan dokumentasi dan pembentangan projek memenuhi keperluan serta kriteria yang ditetapkan.

Baca lagi …12 KUMPULAN KIKSA PAHANG IKUTI SESI BIMBINGAN KONVENSYEN KIKSA 2026

  • Created on .
  • Hits: 30

PDT MARAN PERKUKUH TADBIR URUS MELALUI TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS

PDT MARAN PERKUKUH TADBIR URUS MELALUI TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS

PDT MARAN PERKUKUH TADBIR URUS MELALUI TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS

MARAN, 8 Julai

MARAN, 8 Julai – Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Maran terus memperkukuh amalan integriti dan tadbir urus apabila menganjurkan Taklimat Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) yang berlangsung di pejabat itu hari ini.
Taklimat yang bermula pada pukul 9 pagi itu dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Maran, Che Wan Muhammed Salleh bin Wan Adnan, serta dihadiri pegawai kanan PDT Maran dan pegawai yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE).
Sesi taklimat disampaikan oleh Ketua Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang, Puan Nordiana binti Ismail, bersama Penolong Pegawai Tadbir, Seksyen Pengukuhan Tadbir Urus dan Pematuhan, Pejabat SUK Pahang, Encik Mohamad Suhaimi bin Abdul Wahab.
Sepanjang sesi tersebut, peserta diberikan penerangan terperinci mengenai tatacara penggunaan Sistem SPINE, termasuk kaedah menjawab setiap kriteria penilaian dengan tepat serta penyediaan dokumen sokongan sebagai bukti pematuhan terhadap keperluan sistem.
Penceramah turut menekankan kepentingan memastikan setiap maklumat yang dikemukakan disokong dengan dokumen pembuktian yang lengkap, tepat dan menepati garis panduan bagi menjamin ketelusan serta kredibiliti penilaian.
Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan berhubung pelaksanaan sistem, penyediaan eviden dan kaedah terbaik bagi memenuhi setiap indikator yang ditetapkan dalam SPINE.
Pegawai Daerah Maran, Che Wan Muhammed Salleh bin Wan Adnan berkata, taklimat tersebut merupakan antara inisiatif penting dalam memastikan warga PDT Maran memahami keperluan sistem serta bersedia menghadapi proses penilaian dengan lebih sistematik.
"Pelaksanaan SPINE bukan sekadar memenuhi keperluan penilaian, sebaliknya menjadi pemangkin kepada pembudayaan integriti, pematuhan dan tadbir urus yang baik dalam organisasi. Ia mampu meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap penyampaian perkhidmatan awam," katanya.
Beliau berharap semua pegawai yang terlibat dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh bagi memastikan pelaksanaan SPINE di PDT Maran berjalan lancar dan memenuhi standard yang ditetapkan, sekali gus memperkukuhkan budaya kerja berintegriti, telus dan berakauntabiliti dalam organisasi.

Baca lagi …PDT MARAN PERKUKUH TADBIR URUS MELALUI TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS

  • Created on .
  • Hits: 50

11 WARGA PDT MARAN TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

11 WARGA PDT MARAN TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

11 WARGA PDT MARAN TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

MARAN, 1 Julai

MARAN, 1 Julai – Seramai 11 pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Maran menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan Titipan Memori Seikhlas Budi 2026 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Majlis yang bermula pada pukul 9 pagi itu telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Maran, Che Wan Muhammed Salleh bin Wan Adnan, yang turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga jabatan atas komitmen dan dedikasi dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam.

Dalam ucapannya, beliau berkata, pengiktirafan yang diberikan bukan sekadar menghargai pencapaian individu, malah menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja untuk terus mengekalkan budaya kerja cemerlang, berintegriti dan berprestasi tinggi.

"Setiap kejayaan yang dicapai oleh jabatan adalah hasil usaha berpasukan. Justeru, saya berharap semua warga PDT Maran akan terus meningkatkan profesionalisme dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya.

Majlis turut diraikan dengan Titipan Memori Seikhlas Budi 2026 bagi menghargai jasa dan pengorbanan pegawai yang menamatkan perkhidmatan. Cenderahati khas disampaikan kepada pesara sebagai tanda penghormatan atas sumbangan mereka sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Selain APC, beberapa anugerah khas turut disampaikan bagi mengiktiraf kecemerlangan warga jabatan, antaranya Sijil Anugerah Khas Komitmen Kehadiran Tahunan bagi tempoh 2023 hingga 2025, Sijil Anugerah Khas Dedikasi Perkhidmatan 25 Tahun, Sijil Anugerah Khas Kecemerlangan Pencapaian Tahunan 2025 bagi pencapaian keseluruhan MyPerformance 100 peratus, serta Sijil Anugerah Khas Kecemerlangan Pencapaian Tahunan 2025 bagi Sasaran Kerja Utama (SKU) 100 peratus.

Kemuncak majlis menyaksikan 11 pegawai dan kakitangan PDT Maran menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 sebagai pengiktirafan terhadap prestasi kerja, komitmen serta sumbangan cemerlang mereka dalam meningkatkan kualiti pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan jabatan.

Majlis berkenaan mencerminkan komitmen PDT Maran dalam membudayakan kecemerlangan, menghargai jasa warga kerja serta memperkukuh semangat kebersamaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus berada pada tahap terbaik.

Baca lagi …11 WARGA PDT MARAN TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

  • Created on .
  • Hits: 48