PIAGAM PELANGGAN
Bahagian Pembangunan Daerah
Unit Pembangunan Masyarakat
- Melaksanakan siasatan permohonan peserta e-Kasih dalam tempoh sebulan dari tarikh penerimaan borang.
- Melaksanakan pelantikan Pengerusi MPKK dalam tempoh 5 minggu dari tarikh kekosongan hingga penyediaan surat bagi diangkat ke BKP, SUK Pahang untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Unit Pembangunan Fizikal
- Memastikan gerak kerja projek dilaksanakan dalam tempoh 21 hari bekerja bermula daripada penerimaan surat kuasa atau waran selepas diarahkan oleh KPPD/PPD untuk proses lantikan kontraktor.
- Memastikan urusan pelantikan kontraktor dilaksanakan dalam tempoh 90 hari bekerja selepas tarikh tutup tawaran kerja.
- Memastikan spesifikasi dan rekabentuk projek disediakan dalam tempoh yang ditentukan mengikut jenis pelantikan kontraktor. Tempoh masa tersebut adalah:
- Kaedah Pemberian Terus: 21 hari bekerja
- Kaedah Secara Undian: 21 hari bekerja
- Kaedah Secara Sebutharga: 31 hari bekerja
- Memastikan kerja pengawasan dan pemantauan projek dilaksanakan mengikut tempoh seperti berikut:
- Projek bernilai bawah RM 20,000: 4 minggu hingga 8 minggu
- Projek bernilai bawah RM 500,000: 4 minggu hingga 39 minggu
- Menyediakan baucer bayaran peruntukan (perkhidmatan pembekal/kontrak) dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap dan disahkan terima.
Bahagian Pengurusan Tanah
Unit Pendaftaran
- Mendaftar suratcara urusniaga tanah dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja (Pindah Milik Tanah, Gadaian, Pajakan).
- Mendaftar suratcara bukan urusniaga dalam tempoh masa 1 bulan (Kaveat, Pusaka, Perintah Mahkamah, Nota).
- Mendaftar suratan Hakmilik Sementara Individu dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja.
-
Mendaftar suratan Hakmilik Sementara mengikut bilangan hakmilik:
- 1 hingga 50 hakmilik: 14 hari bekerja
- 51 hingga 100 hakmilik: 1 bulan
- 101 dan ke atas hakmilik: 2 bulan
- Mengeluarkan sijil carian rasmi dalam tempoh masa 10 minit.
-
Keputusan kebenaran pindah milik / gadaian / pajakan:
- Pemberian kasih sayang & gadaian (Pentadbir Tanah): 1 hingga 2 hari bekerja
- Penjual & pembeli (Pentadbir Tanah): 10 hari bekerja
- Di bawah kelulusan Pendaftar PTG: 10 hari bekerja
- Memproses permohonan perintah jual dalam tempoh 12 bulan.
Unit Pelupusan
- Mendaftar permohonan pemberimilikan tanah dalam tempoh 15 minit mulai dari penerimaan borang yang lengkap.
- Mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah bagi keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 5 tahun.
- Membuat keputusan bagi permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di bawah kuasa Pentadbir Tanah dalam tempoh 3 tahun.
- Mengemukakan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 3 tahun.
- Mengeluarkan Borang 5A dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh penerimaan fail dari Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang.
- Mengeluarkan Borang 4A dalam tempoh 1 jam selepas penerimaan bayaran.
Unit Pembangunan Tanah
-
Permohonan Tukar Syarat Tanah (Pertanian kepada Pertanian):
- Keputusan Pentadbir Tanah Daerah: 30 hari
- Keputusan Pihak Berkuasa Negeri: 60 hari
- Permohonan Tukar Syarat Tanah (Pertanian kepada Bangunan) ke Pejabat Tanah dan Galian untuk keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 10 bulan.
-
Permohonan Pecah Sempadan / Pecah Bahagian / Penyatuan Tanah:
- Keputusan Pentadbir Tanah Daerah: 30 hari
- Keputusan Pihak Berkuasa Negeri: 60 hari
- Permohonan penyerahan balik tanah dan pemberimilikan semula (204D) untuk keputusan PBN dalam tempoh 90 hari.
Unit Hasil
- Menghantar bil-bil cukai tanah kepada pemilik yang mempunyai alamat yang lengkap tidak lewat daripada akhir bulan Mac pada setiap tahun.
- Membuat kutipan luar mengikut jadual yang telah ditetapkan sebelum 31 Mei setiap tahun.
- Menerima bayaran cukai tanah dan lain-lain bayaran berkaitan dengan tanah di kaunter dalam masa 3 minit (jika tiada masalah).
- Menyemak cukai tanah dalam masa 20 minit.
Unit Kuatkuasa Dan Teknikal
- Menyelesaikan laporan tanah bagi aduan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum dihantar ke Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang.
- Menguruskan permohonan melihat dan membeli pelan dalam masa 15 minit.
- Mengangkat permohonan LPS + Permit (4B) ke PTG dalam tempoh 3 bulan sekiranya tiada masalah berbangkit.
- Mengangkat permohonan LPS + Permit (4C) untuk keputusan Pentadbir Tanah Rompin dalam tempoh 2 bulan sekiranya tiada masalah berbangkit.
Bahagian Pengurusan Daerah
Pelanggan Luaran
- Menguruskan urusan terimaan hasil am di Kaunter dalam tempoh 5 minit.
- Menguruskan pengeluaran lesen liquor dalam tempoh satu hari selepas bayaran diterima.
- Mengemukakan maklum balas kepada pengadu dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan diterima.
- Mengambil tindakan atas aduan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Memastikan proses pembayaran baucar dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen tuntutan lengkap.
Pelanggan Dalaman (Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin)
- Mengemaskini portal rasmi jabatan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dari tarikh borang permohonan yang lengkap diterima.
- Menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan ICT dalam tempoh 24 jam.
- Melaksanakan penyelenggaraan tahunan peralatan ICT di jabatan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu setahun sekali.
