Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat Datang Ke Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Maran.
Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Portal Rasmi PDT Maran. Portal yang direkabentuk dengan struktur yang informatif memudahkan para pelanggan dan orang ramai mengakses maklumat serta memahami peranan dan fungsi pentadbiran ini. Portal PDT Maran dibina bagi memenuhi keperluan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai pihak samada agensi kerajaan, agensi swasta dan orang awam. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada golongan sasar ini bagi memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan PDT Maran. Selaras dengan acuan sektor awam yang mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan pencapaian, portal ini akan dipertingkatkan dan ditambahbaik secara berterusan bagi menjamin kemudahan yang berkualiti disediakan kepada para pelanggan serta dapat meningkatkan lagi kecekapan penyampaian perkhidmatan serta usaha merakyatkan Pentadbiran Daerah Maran. Segala pandangan dan teguran bagi penambahbaikan portal ini adalah dialu-alukan dan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.
Tahniah juga saya ucapkan kepada semua warga kerja PDT Maran atas komitmen dan kesungguhan bagi merealisasikan semua perancangan yang telah dibuat bersama sepanjang Tahun 2024. Kerjasama semua warga kerja PDT Maran telah membantu bagi mencapai usaha ini. Ini telah diperkukuhkan lagi melalui sistem berkomputer yang akan diperkenalkan di mana tahap literasi dan pembudayaan ICT dikalangan warga kerja PDT Maran akan semakin meningkat. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan peranan PDT Maran dan mohon kerjasama lebih erat diberikan supaya peranan dapat dimainkan dengan lebih berkesan.
Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan padu dan kesungguhan untuk menghadapi cabaran bersama-sama di PDT Maran. Semoga tahun 2025 ini akan menjadikan kita semua penjawat awam yang lebih cemerlang, berinovatif dan berdedikasi serta penuh tanggungjawab demi memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara tercinta.
ENCIK CHE WAN MUHAMMED SALLEH AL- KORIS BIN CHE WAN JAAFAR @ WAN ADNAN
(Pegawai Daerah Maran)