ROMPIN, 3 Ogos – Kampung Orang Asli Sungai Mok, Rompin bakal menjadi lokasi Sambutan Hari Orang Asli 2026 yang akan berlangsung pada 18 Ogos 2026 (Selasa). Majlis berkenaan bakal disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, sekali gus menjadi tumpuan masyarakat Orang Asli serta pelbagai agensi yang terlibat. Sambutan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menghargai sumbangan dan memperkasakan pembangunan komuniti Orang Asli di negara ini