Litar Motocross Sungai Kemahal menjadi saksi dua nama dari Rompin mencipta kejayaan dalam MX Open International!
Zubir33 – DZAS Racing Team
JOHAN KESELURUHAN!
Bukan sekadar menang satu perlumbaan, tetapi dinobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN!

Satu pencapaian yang bukan biasa-biasa, apatah lagi dalam saingan motocross yang cukup sengit. Kejuaraan ini membuktikan konsistensi, kemahiran dan semangat juang Zubir33 bersama DZAS Racing Team.
Zill Qayyim – Fattah Motorsport
Tempat Kedua Keseluruhan!
Lebih membanggakan, Zill Qayyim merupakan rider cilik yang turut aktif dalam saingan Cub Prix, namun mampu memberikan saingan hebat di litar motocross.
Dua podium, satu kebanggaan buat Daerah Rompin!


Tahniah Zubir33, Zill serta seluruh pasukan. Nama Rompin terus bergema di litar!
