Skip to main content

Garis Panduan Pengurusan Perkhidmatan Rantaian Blok (Blockchain) MyGovBC

SURAT ARAHAN KETUA PENGARAH JABATAN DIGITAL NEGARA
BILANGAN 4 TAHUN 2025
JDN berperanan dalam menyediakan platform perkhidmatan, memberi khidmat
nasihat dan khidmat runding berhubung dengan pengurusan MyGovBC bagi Sektor
Awam yang menggunakan perkhidmatan ini.
Komponen utama teknologi MyGovBC beroperasi sepenuhnya dalam
persekitaran rangkaian tertutup MyGovNet dan disokong oleh infrastruktur
pengkomputeran awan Kerajaan menerusi perkhidmatan MyGovCloud@PDSA bagi
menjamin keselamatan.
MyGovBC menawarkan penyelesaian berasaskan teknologi rantaian blok yang
membolehkan agensi Sektor Awam membangunkan dan melaksanakan aplikasi
digital yang sesuai dengan tahap yang selamat, telus dan berkesan. Perkhidmatan ini merangkumi keupayaan untuk menjalankan transaksi digital yang terjamin, penggunaan kontrak pintar (smart contracts), serta pembangunan aplikasi desentralisasi (dApps) secara menyeluruh, mampan dan sejajar dengan keperluan  semasa.
 

 

Tarikh Kemaskini Terakhir: 2:14 PTG