Skip to main content

PENYAMPAIAN BANTUAN BENCANA TABUNG MALAPETAKA DAERAH TEMERLOH KEPADA MANGSA BENCANA DI SEKITAR PAYA JEJAWI

Temerloh, 4 September 2026
PENYAMPAIAN BANTUAN BENCANA TABUNG MALAPETAKA DAERAH TEMERLOH KEPADA MANGSA BENCANA
Temerloh, 4 September 2026 – Keprihatinan terhadap kebajikan mangsa bencana terus dizahirkan menerusi Penyampaian Bantuan Bencana Tabung Malapetaka Daerah (TMD) Temerloh kepada mangsa bencana di sekitar Kampung Paya Jejawi dan Perumahan Makmur Paya Jejawi.
Penyampaian bantuan telah diadakan pada 4 September 2026 (Jumaat) bertempat di kediaman para mangsa di Kampung Paya Jejawi dan Perumahan Makmur Paya Jejawi.
 
Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Azly bin Dato' Indera Haji Norzan, Penyelaras Dewan Negeri (DN) Kuala Semantan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana.
 
Seramai lima (5) orang mangsa bencana telah menerima sumbangan Tabung Malapetaka Daerah Temerloh di kawasan tersebut. Bantuan yang disalurkan diharap dapat membantu meringankan beban serta keperluan mangsa yang terkesan akibat bencana.
 
Turut bersama-sama menyantuni para penerima ialah YH. Dato' Khairur Rizal bin Ramli, Pegawai Daerah Temerloh merangkap Pengerusi Tabung Malapetaka Daerah (TMD) Temerloh; Encik Mohd Hafizul bin Abd Ghani, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh; wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Temerloh; Penghulu Mukim Sanggang 1 serta barisan kepimpinan setempat yang turut hadir memberikan sokongan kepada mangsa yang terjejas.
 
Lawatan dan penyampaian bantuan secara terus ke kediaman mangsa ini bukan sahaja bertujuan menyampaikan bantuan, malah memberi ruang kepada pihak pengurusan TMD Temerloh untuk melihat sendiri keadaan serta keperluan mangsa yang terjejas.
 
Bantuan melalui Tabung Malapetaka Daerah Temerloh merupakan antara usaha berterusan dalam membantu meringankan beban mangsa bencana, di samping memastikan kebajikan masyarakat yang terjejas sentiasa mendapat perhatian sewajarnya.
 
Usaha ini turut mencerminkan komitmen berterusan pihak pentadbiran daerah bersama pemimpin setempat dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian, khususnya kepada mereka yang berdepan musibah dan memerlukan sokongan.
Tarikh Kemaskini Terakhir: 2:33 PTG