RAUB, 7 Julai 2026 - telah berlangsung dengan jayanya Program Hebahan Inisiatif Pahang (HIP) Peringkat Daerah Raub Tahun 2026 pada jam 9.00 pagi di Dewan Jubli Perak, Raub.
Program ini menjadi platform bagi menyampaikan penerangan mengenai pelbagai inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada masyarakat, di samping mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan rakyat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu, peserta, urus setia serta agensi yang telah hadir dan memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini.
Semoga segala perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan membantu masyarakat mendapatkan maklumat yang tepat mengenai inisiatif yang disediakan.
Sila klik SINIuntuk melihat gambar-gambar lain.