JERANTUT, 13 SEPTEMBER - 15 SEPTEMBER 2026
JERANTUT, 13 SEPTEMBER - 15 SEPTEMBER 2026
Satu hati dalam membina kebersamaan.
Satu pasukan dalam melaksanakan tanggungjawab.
Satu aspirasi dalam mencapai kecemerlangan.
Demikian semangat yang diterapkan menerusi Kursus Pengukuhan Organisasi Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan yang menghimpunkan warga kerja PDT Kuantan dalam usaha memperkukuh semangat kekitaan, meningkatkan kerjasama serta membina pasukan kerja yang lebih mantap dan berdaya saing.Program ini menjadi platform untuk warga PDT Kuantan mempererat hubungan, memperkukuh komunikasi serta menyemai nilai kerja berpasukan, saling menghormati, kepercayaan dan komitmen dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.Lebih daripada sekadar kursus, program ini menjadi ruang untuk kita berkongsi, belajar, berinteraksi dan membina kekuatan sebagai sebuah pasukan.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang dikongsikan sepanjang Kursus Pengukuhan Organisasi PDT Kuantan tidak berakhir apabila kursus selesai, sebaliknya diterjemahkan dalam amalan dan budaya kerja seharian.Diharapkan seluruh warga PDT Kuantan dapat kembali ke tempat kerja dengan semangat yang baharu, hubungan yang lebih erat, komunikasi yang lebih baik serta kesediaan untuk saling membantu dan bekerjasama.