Skip to main content

SEMARAK JIWA MALAYSIA: JPS JERANTUT DINOBATKAN JUARA PERTANDINGAN DEKORASI PERINGKAT DAERAH JERANTUT

JERANTUT, 22 September 2026 – Majlis Penyerahan Hadiah kepada pemenang Pertandingan Dekorasi Jiwa Malaysia Peringkat Daerah Jerantut telah berlangsung sebagai tanda penghargaan kepada jabatan dan institusi yang berjaya menampilkan kreativiti serta semangat patriotisme menerusi dekorasi bertemakan Jiwa Malaysia. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Jerantut berjaya meraih tempat pertama, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerantut di tempat kedua, manakala RELA Daerah Jerantut memperoleh tempat ketiga.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Puan Nur Aiena binti Othman, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) selaku wakil pengurusan. Pertandingan ini bukan sahaja menyerlahkan kreativiti para peserta, malah menjadi medium dalam menyemarakkan semangat cintakan negara, kebersamaan dan penghayatan nilai patriotisme dalam kalangan warga daerah Jerantut. Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menyemarakkan Jiwa Malaysia!

Tarikh Kemaskini Terakhir: 2:45 PTG