Skip to main content

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT DAERAH JERANTUT BERLANGSUNG MERIAH, SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME

JERANTUT, 31 Ogos 2026 – Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Jerantut berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik menerusi penyertaan pelbagai jabatan kerajaan, agensi, badan beruniform, institusi pendidikan, pertubuhan serta masyarakat setempat.

Sambutan dimulakan dengan perarakan kontinjen yang tampil mengenakan pakaian seragam dan busana bertemakan patriotik. Persembahan yang penuh warna-warni serta kibaran Jalur Gemilang telah menyemarakkan suasana, sekali gus memperlihatkan semangat cintakan negara dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.Sambutan tersebut turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, wakil agensi kerajaan, pemimpin masyarakat serta penduduk Daerah Jerantut yang hadir bagi bersama-sama meraikan detik penuh bermakna ini.

Selaras dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, seluruh masyarakat diseru agar terus berganding bahu, memelihara perpaduan dan menyumbang kepada pembangunan negara demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia dan menjadi pemangkin ke arah pembentukan sebuah negara yang aman, maju, makmur serta bersatu padu.

Untuk lihat keseluruhan gambar, sila klik di sini.

Tarikh Kemaskini Terakhir: 2:45 PTG