Skip to main content

PDT JERANTUT TERIMA LAWATAN KAJIAN INFRA DAN DMS, PERKUKUH PERSEDIAAN PELAKSANAAN SISTEM E-TANAH NEGERI PAHANG.

JERANTUT, 14 September 2026 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menerima Lawatan Kajian Infra dan DMS sebagai sebahagian daripada persediaan pelaksanaan Sistem e-Tanah Negeri Pahang. Lawatan ini memberi tumpuan kepada penelitian tahap kesiapsiagaan infrastruktur dan keperluan teknikal bagi memastikan pelaksanaan sistem e-Tanah dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Inisiatif ini merupakan antara langkah penting dalam memperkukuh transformasi digital pentadbiran tanah ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, sistematik dan mesra pelanggan.
Tarikh Kemaskini Terakhir: 2:45 PTG