Skip to main content

LAUTAN BIRU, MIMPI JADI NYATA! BERLAYAR KE SINGAPURA BERSAMA GENTING DREAM CRUISE

JERANTUT, 4 September 2026 – Seramai 39 ahli Kelab Data Baru Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menyertai perjalanan istimewa menaiki Genting Dream Cruise dalam program pelancongan dan riadah ke Singapura yang berlangsung selama dua hari, bermula 3 hingga 4 September 2026.Perjalanan bermula pada 3 September 2026 dengan para peserta bertolak bagi memulakan pengalaman pelayaran yang cukup mengujakan di atas kapal persiaran Genting Dream. Pelbagai aktiviti menarik serta pengalaman menikmati suasana lautan terbuka menjadi antara pengisian sepanjang pelayaran.

Selain menikmati kemudahan dan aktiviti rekreasi yang disediakan di atas kapal, para peserta turut berpeluang menikmati keindahan panorama laut serta merasai pengalaman berlayar menuju ke destinasi antarabangsa, Singapura.Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada ahli kelab untuk berehat dan menghilangkan tekanan selepas menjalani rutin tugas, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh semangat berpasukan dan membina kenangan bersama dalam kalangan warga Kelab Data Baru.

Pelayaran yang berlangsung dalam suasana santai itu turut memberikan pengalaman baharu kepada para peserta, khususnya mereka yang pertama kali merasai pengalaman bercuti menggunakan kapal persiaran.Setelah menikmati perjalanan dan pengalaman yang cukup bermakna, rombongan selamat tiba semula di Jerantut pada 4 September 2026.

Untuk lihat keseluruhan gambar, sila klik di sini.

Tarikh Kemaskini Terakhir: 2:45 PTG