Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar

BERITA ROMPIN

KEMPEN KUMPUL PAKAIAN TERPAKAI SEMPENA ROMPIN FEST 2026

KEMPEN KUMPUL PAKAIAN TERPAKAI SEMPENA ROMPIN FEST 2026

KEMPEN KUMPUL PAKAIAN TERPAKAI SEMPENA ROMPIN FEST 2026

ROMPIN, 14 Ogos – Puspanita Daerah Rompin mengalu-alukan sumbangan pakaian terpakai bagi menjayakan Kempen Kumpul Pakaian Terpakai sempena Rompin Fest 2026.

Kempen ini bertujuan menggalakkan masyarakat berkongsi barangan keperluan serta mengumpul dana bagi menambah dana Puspanita Daerah Rompin. Pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak yang masih elok atau bersih serta boleh dipakai semula amat dialu-alukan.

Pakaian yang dikumpulkan akan dijual semasa Rompin Fest 2026, manakala hasil jualan akan disalurkan untuk menambah dana Puspanita Daerah Rompin.

Tarikh akhir pengumpulan sumbangan ialah 22 Ogos 2026. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pn. Irna di 016-9454284 atau Pn. Kasma di 013-9759866.

Kempen ini diharapkan dapat menyemarakkan semangat kemasyarakatan dan menggalakkan orang ramai bersama-sama menyumbang kepada komuniti melalui amalan berkongsi dan kitar semula pakaian.

Baca lagi …KEMPEN KUMPUL PAKAIAN TERPAKAI SEMPENA ROMPIN FEST 2026

  • Created on .
  • Hits: 34