Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar

BERITA JERANTUT

PRIHATIN NASIB KAKITANGAN : PEGAWAI DAERAH SANTUNI KELUARGA MANGSA KEMALANGAN DALAM PROGRAM ZIARAH KASIH

LAMAN UTAMA

PRIHATIN NASIB KAKITANGAN : PEGAWAI DAERAH SANTUNI KELUARGA MANGSA KEMALANGAN DALAM PROGRAM ZIARAH KASIH

JERANTUT, 24 Jun 2026 – Program Ziarah Kasih telah diadakan ke kediaman Mohd Robie bin Majid, Pembantu Khidmat Am Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada beliau serta keluarga.

 Ziarah tersebut diadakan susulan keadaan anak beliau, Iskandar Syazlan bin Mohd Robie, 17 tahun yang mengalami kemalangan jalan raya melibatkan motosikal dan kereta pada 8 April 2026. Sehingga kini, Iskandar Syazlan masih terlantar dan sedang menjalani proses pemulihan.

 Program ziarah ini telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Jerantut, Ybrs. Tuan Sulaiman bin Husin bersama Encik Roszaidi bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pegawai Tanah. Kehadiran mereka mencerminkan rasa kebersamaan dan sokongan moral kepada keluarga Mohd Robie dalam menghadapi ujian yang sedang dilalui.

 Melalui program ini, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut berharap agar keluarga yang terlibat terus diberikan kekuatan, kesabaran serta dipermudahkan segala urusan. Turut didoakan agar Iskandar Syazlan dikurniakan kesembuhan dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.

Baca lagi …PRIHATIN NASIB KAKITANGAN : PEGAWAI DAERAH SANTUNI KELUARGA MANGSA KEMALANGAN DALAM PROGRAM ZIARAH...

  • Created on .
  • Hits: 45

224 PENERIMA STRGBF KOTA GELANGGI TERIMA SURATAN HAKMILIK, BUKTI KOMITMEN KERAJAAN NEGERI MEMBELA RAKYAT

LAMAN UTAMA

224 PENERIMA STRGBF KOTA GELANGGI TERIMA SURATAN HAKMILIK, BUKTI KOMITMEN KERAJAAN NEGERI MEMBELA RAKYAT

JERANTUT, 26 Jun 2026 – Seramai 224 penerima telah menerima Suratan Hakmilik Skim Tanah Rakyat Generasi Baharu Felda (STRGBF) bagi Felda Kota Gelanggi 01, 02 dan 04, Mukim Pulau Tawar, Daerah Jerantut dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Utama, Majlis Daerah Jerantut.

 

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, sebagai simbol komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara melalui pemilikan tanah yang sah.

 

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Dato' Amizar bin Abu Adam, Ybrs. Tuan Sulaiman bin Husin, Pegawai Daerah Jerantut serta YB Tuan Haris Salleh bin Hamzah.

 

Penyerahan suratan hakmilik ini merupakan satu usaha berterusan Kerajaan Negeri bagi memberikan jaminan pemilikan tanah kepada generasi baharu Felda, sekali gus meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup masyarakat. Majlis ini turut mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan hak rakyat terus terpelihara serta menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi yang lebih mampan di daerah Jerantut.

Baca lagi …224 PENERIMA STRGBF KOTA GELANGGI TERIMA SURATAN HAKMILIK, BUKTI KOMITMEN KERAJAAN NEGERI MEMBELA...

  • Created on .
  • Hits: 52