Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar
TANAH RATA, 23 Julai 2026
TANAH RATA, 23 Julai 2026 - Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang meninggalkan daerah Cameron Highlands selepas selesai menjalani latihan ‘High Altitude Operation’ (HAO), yang merupakan antara sillibus dalam Kursus Asas Penerbangan, hari ini.

Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah pada jam 3.30 petang diiringi oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands; Tuan Kamarul Iskandar Nordin, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands; Tuan Rudyfasla Mujid, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands; SUPT. Azri Ramli serta pemimpin masyarakat setempat.
 
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku kemudiannya berkenan beramah mesra dan bergambar kenangan bersama penduduk setempat serta menerima cenderakenangan yang dipersembahkan oleh ketua-ketua jabatan daerah serta agensi sebagai tanda menjunjung kasih atas keberangkatan Baginda ke daerah ini.
 
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku ke Cameron Highlands mencerminkan iltizam Baginda dalam memperkukuh kompetensi dalam bidang penerbangan serta menyerlahkan semangat kepimpinan, disiplin dan komitmen yang tinggi dalam menguasai ilmu serta kemahiran baharu. – MEDIA PDTCH