MESYUARAT CADANGAN PROJEK MEMBAIKPULIH DAN NAIK TARAF JALAN KE LADANG SD GUTHRIE KERDAU
MESYUARAT CADANGAN PROJEK MEMBAIKPULIH DAN NAIK TARAF JALAN KE LADANG SD GUTHRIE KERDAU
Temerloh, 9 Jun 2026 – Satu mesyuarat bagi membincangkan cadangan projek membaikpulih dan menaik taraf jalan ke Ladang SD Guthrie Kerdau telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 1, Blok A, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Mesyuarat yang bermula pada jam 11.00 pagi itu telah dipengerusikan oleh YH. Dato’ Khairur Rizal bin Ramli, Pegawai Daerah Temerloh dan dihadiri oleh wakil-wakil jabatan serta agensi berkaitan bagi membincangkan keperluan dan cadangan pelaksanaan projek tersebut.
Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha membaikpulih serta menaik taraf kemudahan jalan sedia ada bagi meningkatkan tahap keselamatan, keselesaan dan kelancaran perhubungan ke kawasan Ladang SD Guthrie Kerdau. Cadangan ini juga dilihat penting dalam menyokong aktiviti ekonomi setempat serta memudahkan pergerakan pengguna jalan raya dan penduduk sekitar.
Mesyuarat turut menjadi platform bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada agensi teknikal berkaitan bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan projek dapat dilaksanakan secara terancang, berkesan dan memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan.
PDT Temerloh komited untuk terus memainkan peranan dalam menyelaras pembangunan infrastruktur daerah demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan ekonomi setempat.
Read more …MESYUARAT CADANGAN PROJEK MEMBAIKPULIH DAN NAIK TARAF JALAN KE LADANG SD GUTHRIE KERDAU
- Created on .
- Hits: 87
