Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar

Temerloh, 9 Jun 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Temerloh bagi membincangkan kerjasama strategik berkaitan pembangunan modal insan dan pendidikan teknikal serta latihan vokasional (TVET) di daerah ini.

 

Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YH. Dato’ Khairur Rizal bin Ramli, Pegawai Daerah Temerloh, dan turut melibatkan wakil-wakil daripada IKTBN Temerloh serta pegawai PDT Temerloh.

 

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah berkenaan penganjuran Program Jelajah TVET ILKBS Zon Timur yang dijadualkan pada 16 hingga 17 Ogos 2026 yang bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh. Program berkenaan dijangka menghimpunkan pelbagai institusi di bawah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bagi mempromosikan pendidikan dan latihan TVET kepada masyarakat, khususnya golongan belia.

 

Perbincangan turut menyentuh aspek penyelarasan program, kerjasama logistik, promosi serta penglibatan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan penganjuran program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan.

 

  1. Dato’ Khairur Rizal bin Ramli menyambut baik inisiatif penganjuran Program Jelajah TVET ILKBS Zon Timur dan berharap program tersebut dapat menjadi platform terbaik untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peluang pendidikan, latihan kemahiran serta kerjaya dalam bidang TVET yang kini semakin mendapat perhatian sebagai pemacu pembangunan negara.

 

Kunjung hormat ini mencerminkan komitmen berterusan antara PDT Temerloh dan IKTBN Temerloh dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik demi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi selaras dengan aspirasi pembangunan negara.